Friday, February 26, 2010

Tips Awet Muda

Keinginan semulajadi untuk kelihatan awet muda bukan hanya diidamkan oleh golongan wanita saja. Malah, lelaki juga turut tak terkecuali, kan? Justeru itu, saya nak tampilkan satu lagi petua untuk kelihatan awet muda serta mengekalkan keadaan itu.

Petua awet muda ni ringkas dan mudah aje. Tetapi anda mesti janji pada diri sendiri akan mengamalkannya setiap hari tanpa jemu. Ini kerana, kalau setakat kejap makan dan kejap berhenti hasilnya pasti mengecewakan anda kelak. :(

Saturday, February 20, 2010

8 Alasan Tolak Cinta BestFriend

Dari kecil kamu berkawan dengan nya. malah keakraban seperti seorang yang bersaudara. Namun kini tiba-tiba dia meluahkan perasaan cintanya terhadapmu. Kamu pasti berasa serba salah untuk memberikan jawapan. Mahu terus mengatakan tidak sudi, bimbang menyakiti hatinya namun untuk menerimanya tidak pernah ada rasa cinta dihatimu terhadapnya. Berikut 8 alasan yang boleh kamu gunakan untuk menolak cinta sahabatmu itu.

1. Tidak sesuai bercinta
Didalam apa sahaja perkara, beterus terang adalah satu cara penyelesaian terbaik. jadi untuk mengelakkan perkara ini terjadi, kamu perlu berterus terang kepadanya bahawa kamu tidak sesuai untuk bercinta dengannya. kamu hanya menganggap dia adalah sahabat karib kamu dunia dan akhirat. Untuk menolak kena ada caranya, jangan sehingga dia rasa terhina kamu menolak cintanya. sampai dengan cara baik serta ayat yang tersusun rapi agar dia faham maksud kamu sebenarnnya.

Friday, February 19, 2010

Perkara Ajaib Tersembunyi di Dalam Minda



Perkara Ajaib Tersembunyi di Dalam Minda

Apakah anda bersetuju jika saya katakan terdapat banyak perkara ajaib tersembunyi di dalam minda?

1) Tenaga ajaib tersembunyi dalam minda

Percaya atau tidak apabila anda sentiasa memikirkan tentang kenyang, anda tidak akan lapar. Buktinya apabila anda menjalani ibadah puasa, anda tidak berfikir pun tentang makan sepanjang hari, tetapi anda tetap mampu melakukan aktiviti-aktiviti kehidupan sebagaimana biasa. Padahal pada hari-hari biasa, awal pagi lagi anda sudah terasa hendak makan.

Wednesday, February 17, 2010

Sakit Kepala ? Ini Ubatnya...


  1. Ambil daun Serai dan ditumbuk hingga lumat
  2. Kemudian pupuk pada dahi atau ambil umbi pokok bawang putih lalu di giling atau ditumbuk kemudian ditampalkan kebahagian kepala yang sakit atau rebus daun Kangkung sampai mendidih, kemudian angkat dan lumatkan daunnya hingga halus.
  3. Masukkannya ke dalam air garam dan saringkannya
  4. Minum air rebusan ini setiap hari atau makanlah daun pokok Peria atau minumlah air rebusan biji jintan hitam yang ditumbuk.
P/S : InsyaAllah bolehlah hilangkan sakit kepala anda yang tengah hot2 tu...Sebelum tu mulakan dengan Bismillah dan berakhir dengan Alhamdulillah.

Monday, February 15, 2010

22 Ciri Orang Itu Mencintai Anda

1. Orang yang mencintai kamu tak pernah memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu yang dia tahu di matanya hanya ada kamu satu2nya.

2. Kalau kamu sudah memiliki kekasih dia tak peduli,yang penting bg dia kamu bahagia dan kamu tetap impiannya.

3. Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu seadanya,dimatanya kamu selalu yang paling cantik walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah berlebihan atau kamu rasa gemuk.

4. Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini,dia ingin tahu kegiatan kamu.

5. Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan sms seperti “slmt pagi”,”slmt hari minggu”,”selamat malam” walaupun kamu tidak membalasnya.

6. Kalau di hari ulang tahunmu,kamu tidak mengundangnya setidaknya dia akan menelefon utk mengucapkan selamat atau mengirim pesan.

7. Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingati setiap hari yang dia lalui bersama kamu,bahkan mungkin hari yang kamu sendiri sudah lupa setiap detiknya kerana saat itu adalah sesuatu yang berharga buatnya.

8. Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata2 yang kamu ucapkan bahkan mungkin kata2 yang kamu sendiri lupa pernah mengatakannya.

9. Orang yang mencintai kamu akan belajar menyukai lagu-lagu kesukaanmu,bahkan mungkin meminjam CD/cassette kamu,kerana dia ingin tahu apa kesukaanmu,kesukaanmu kesukaannya juga.

10. Kalau terakhir kali kamu bertemu kamu sedang sakit mungkin flu,pening,atau sakit gigi,beberapa hari kemudian dia akan mengirim sms dan menanyakan keadaanmu kerana dia risau akan kamu.

Sunday, February 14, 2010

Rahsia Gerak Geri Diri Kita Yang Sebenar

1. Memicit atau suka memegang hidung
-Tidak mudah tertipu dan sangat berwaspada dlm apa juga tindakan yang dilakukan.
-Seorang yang pemalu dan sukar utk berkongsi rahsia besar dgn org lain kecuali org yang benar2 dipercayai.

2. Meletak tangan pada bahu kawan
-Suka ikut kepala sendiri
-Pentingkan diri sendiri
-Teman yang sangat mengambil berat dan prihatin terhadap masalah yang dihadapi oleh teman2 rapat

3. Bermain dgn tangannya
-Mempunyai tahap humor yang tinggi
-Pandai berjenaka
-Bersikap terbuka dan dapat menerima kritikan atau pandangan org lain tanpa am bil hati
-Jenis open minded

4. Mematahkan jari jemarinya
-Seorang yang gugup dan kurang yakin utk berbicara dgn org lain
-Baik hati dan sedia membantu sesiapa saja

5. Menggigit kuku
-Gugup dan gementar bila berbicara
-Agak tertutup dalam membicrakan rahsia hati

Tips Belajar Saat-Saat Akhir


Belajar pada saat-saat akhir menjelang peperiksaan bukanlah sesuatu yang bagus. Bagaimanapun, sekiranya anda terpaksa juga belajar sebegini, cuba amalkan kaedah di bawah ini:

Beri tumpuan lebih terhadap pembelajaran

  1. Letakkan seluruh tumpuan fikiran anda kepada proses pembelajaran yang anda lakukan. Jangan terlalu memikirkan bahawa anda kesuntukan masa. Hafal perkara yang sepatutnya dihafal seperti biasa dan jangan melengah-lengahkan masa belajar.
  2. Meskipun anda cuba mengenepikan ketakutan dan kegelisahan yang anda alami itu, tetapi lama-kelamaan perasaan itu akan datang semula. Sekiranya hal ini berlaku, cuba alihkan diri anda dari tempat belajar untuk melakukan senaman ringan seperti berdiri sambil menarik dan melepaskan nafas panjang-panjang secara perlahan-lahan beberapa kali. Kemudian duduk semula dan cuba teruskan pembelajaran anda. Cara ini sekurang-kurangnya akan dapat mengurangkan perasaan anda yang tidak tenteram itu.

Yakin terhadap kebolehan diri

Selalu tanamkan dalam diri anda bahawa “saya boleh” dan tulis besar-besar dan terang dan letakkan di hadapan anda (di tempat anda belajar). Tiap-tiap kali anda melihat kad itu anda yakin bahawa anda boleh berjaya. Sekiranya anda dapat menanamkan dalam diri anda bahawa anda bekeyakinan penuh boleh melakukan, maka secara sepontan anda berusaha bersungguh-sungguh dan mental anda dapat berfikir ke arah kejayaan dan apa-apa yang anda cita-citakan selama ini akan membuahkan kejayaan yang membanggakan.